Skip to main content

Posts

Featured

BAB 1; LUKA BAHAGIA

 Majlis pernikahan dibatalkan Keputusan sudah di buat oleh keluarga pengantin. Nak teruskan? Mana nak cari pengantin lelaki? Tak mungkin hal itu terjadi. Cukup maruah anak perempuan mereka dilenyak-lenyak oleh pihak lelaki. Belum cukup gila mereka menambah jerih di hati yang sedia terluka. Malu usah di kira tapi benda sudah jadi. Hadap sajalah.  "Macam mana boleh jadi macam ni?"satu suara bertanya garang. Masing-masing yang ada di ruang itu hanya menunduk lesu.  "Keluarga Iskandar dah malukan keluarga kita. Apa mereka fikir cucu aku tak ada hati perasaan?!" "Aku tak kira. Bawak aku bersemuka dengan keluarga Iskandar. Kalau perlu aku bunuh, tiada seorang ahli keluarga itu akan bernyawa."garang suara itu melempias marah. Jika tentera bersara itu bersuara, tiada siapa mampu mencelah. Tegasnya nyata, garangnya menggerunkan sesiapa yang mencari masalah. lebih-lebih lagi melibatkan keluarga. kalau tak mahu teruskan, kenapa tidak sebelum majlis berlangsung? Ada b

Latest Posts