BAB 1; LUKA BAHAGIA

 Majlis pernikahan dibatalkan

Keputusan sudah di buat oleh keluarga pengantin. Nak teruskan? Mana nak cari pengantin lelaki? Tak mungkin hal itu terjadi. Cukup maruah anak perempuan mereka dilenyak-lenyak oleh pihak lelaki. Belum cukup gila mereka menambah jerih di hati yang sedia terluka. Malu usah di kira tapi benda sudah jadi. Hadap sajalah. 

"Macam mana boleh jadi macam ni?"satu suara bertanya garang. Masing-masing yang ada di ruang itu hanya menunduk lesu. 

"Keluarga Iskandar dah malukan keluarga kita. Apa mereka fikir cucu aku tak ada hati perasaan?!"

"Aku tak kira. Bawak aku bersemuka dengan keluarga Iskandar. Kalau perlu aku bunuh, tiada seorang ahli keluarga itu akan bernyawa."garang suara itu melempias marah. Jika tentera bersara itu bersuara, tiada siapa mampu mencelah. Tegasnya nyata, garangnya menggerunkan sesiapa yang mencari masalah. lebih-lebih lagi melibatkan keluarga.

kalau tak mahu teruskan, kenapa tidak sebelum majlis berlangsung? Ada banyak hari untuk memutuskan pertunangan, kenapa hari itu yang menjadi duka mereka sekeluarga terutama si gadis yang sepatutnya menjadi raja sehari.

Humaira tidak henti-henti menangis. Sakit hati, kecewa bergaul sebati menjadi satu perasaan yang jelas mencengkam hati. Telefon yang berkecai atas lantai di tatap dengan mata basah. Putus harap setelah berkali-kali memanggil namun panggilannya tidak bersahut. Lebih malang, nombor telefonnya juga di sekat. Ahli keluarga lain juga gagal dihubungi namun nada masih berdering. Mereka sengaja mengelak. 

"Aira.."lirih suara mama memanggil nama anaknya yang hanyut dengan tangis.

Ibu mana tak sedih bila anaknya terluka? Malah lebih teruk mereka memperlakukan Humaira seperti orang yang tak punya maruah.

"Apa salah Aira, mama?"

"Kenapa Iskandar buat Aira macam ni?"

"Aira malu."

"Sakit hati Aira, ma."

Itulah luahan si anak sejak tadi. Yang terpendam mungkin lebih pedih. Puan Diana hanya mampu mendakap erat untuk menenangkan jiwa yang kecewa itu. Dia turut sama mengalirkan air mata tanda dia juga turut berduka atas apa yang menimpa anaknya, Humaira.



Comments